Selepas beberapa tahun private-kan blog ni, tetiba saja rasa macam nak berblogging balik. Memandangkan sekarang tak sesibuk dulu, rasa macam waktu yang sesuai kembali menulis. Tapi tak de lah sampai tiap masa dan hari-hari nak update, sebab takkan la nak mengadap blog 24/tujuh kan? Dah buka balik blog ni, rasa macam kena tukar templete baru sebab templete dulu memang sangat menyakitkan mata. Bayangkan background kaler hitam dan kuning, terang pulak tu! Post2 zaman muda remaja dulu rasanya akan di-delete sebab bila baca-baca balik, rasa sangat terkejut! Apa kebenda sebenarnya yang aku tulis!? Penuh dengan ke-merapu-an. Tapi, ada juga yang bagi respond terhadap tulisan aku dulu tu. Pelik ---------------
Bila dah lama tak menulis, rasa macam tersangatlah janggal bak ang! Nak kena cari ayat yang sesuai untuk digunakan, nak construct ayat semua. Fuh! Memang sangat payah. Memangdangkan usia pun dah tak berapa nak muda sangat dah sekrang ni, cara penulisan kenalah seiring sikit dengan usia (sikit jer lah). Sepanjang tak berblogging ni, tak banyak pun benda yang terjadi. Ulang perkara yang sama sahaja setiap hari. Yang berubah pun hanyalah berat badan yang semakin menaik - darn!
0 comments:
Post a Comment