Sunday 20 October 2013

Separa Gemuk, Saya Mahu Kurus!

*biarlah rahsia!

Well, bukan satu rahsia lagi bahawa aku ni semakin hari semakin membesar dengan hebatnya! Kadang-kadang tu terfikir juga macam mana tetiba aja aku boleh gemuk? Bayangkan satu masa dahulu aku ni yang kurus kering, angin tiup pun boleh terbang tetiba aja boleh bertukar jadi macam sekarang ni dalam masa setahun! OMG~

*kita perlu bersenam sekurangnya 20 minit 3 kali seminggu
Bukan tak nak bersenam atau jogging, NAK! Tapi setiap kali plan nak jogging, tiap kali tu juga lah akan di-cancel. Semuanya disebabkan oleh tahap kemalasan diri yang semakin membara-bara nih. Hiee, benci betul rasa! Nak diet pun, asyik terbantut. Yelah, perut ni asyik suruh kita isi dia aja. Macam mana nak diet! Tak makan karang, merana-rana pulak sakit nanti. Mencik! 


*gambar macam biasalah, hasil curian dari Google

*kenapa kau tak makan pil kurus jer, kan senang? 
Pil kurus? Oh, itu memang a big NO-NO!! Tak elok okay makan pil-pil tu. Lagipun pil tu terjamin ke selamat? Terjamin ke pil tu takkan beri kesan tak elok untuk badan kita? Tengok iklan produk untuk kuruskan badan tu, korang boleh percaya ker? Hanya ambil masa 30 hari untuk kurus? Siyes? Kalau berkesan sekalipun, turun berat badan secara mendadak dalam masa singkat macam tu, tak elok kot. Tak pe slow-slow asalkan selamat.

*keyakinan diri kau turun tak bila dah "besar" ni?
Aku nak kurus balik! Aku tak rasa pun yang keyakinan diri aku ni berkurang ke apa sebab aku semakin membesar, tapi sebab pakaian aku mostly dah tak muat lagi! (d*mn!). Sebab tu aku nak kembali kurus! Aku ni dahlah jenis malas nak gi shopping bagi beli baju baru. Leceh! Aku nak beli baju selai pun kena ambik masa sejam lebih pilih baju. Tudia~~ Sebab tu aku malas! Buang masa aku aje~

*so, kesimpulannya?
Aku perlu kurus! Aku kena bersenam mulai sekarang! Mungkin akan ajak Incik Ayie dan MakCik Momon untuk bersenam bersama-sama aku! Tak boleh malas-malas lagi. Kalau semakin besar lagi, yang merananya diri aku sendiri~~





Ditulis Oleh : Poktekz // 02:28
Kategori:

0 comments:

 
Powered by Blogger.