Sunday 20 October 2013

URL Blog Telah Berjaya Ditukar

*kenapa, kenapa kenapa!?
Aku sendiri pun tak faham kenapa aku letak nama "sakitlahkonie" sebagai URL blog aku dulu-dulu. Maybe sebab dulu kan tak berapa nak kreatif. Otak budak-budak biasalah kan, bodoh sikit. Nama sakitlahkonie tu macam tak berapa nak appealing sangat lah bagi aku. Entah, rasa macam - LAME!

*so, Skema Addicted tu tak LAME lah?
Bisinglah kau nie! Aku tak cakap pun yang nama Skema-Addicted tu hebat. Tidak dan tidak. Cuma, perkataan Skema-Addicted tu ada sejarahnya yang tersendiri dan aku suka nama tu. Nama ni aku create masa aku kat matrix dulu tapi still perkataan ni tetap di hati, katanyer! Satu lagi perkataan yang aku ingat adalah RoOom Rider. Penunggang bilik? What the hell!? Dua-dua nama ini sebenarnya nama folder gambar jer pun. Haha...



*ada rahsia ke disebalik nama tu?
Tak der rahsianya pun - Aku ni jenis tak suka nak bagi nama mana-mana folder dengan nama-nama biasa. Contohnya, "folder saya" atau "folder gambar" atau "gambar hari jadi". Sangat-------------lah tidak menarik. Tak der impak katanyer! Cuba bagi folder tu nama habat-hebat, mesti lebih menarik kita punya laptop kan? Tak lah dull semacam aje. Bagilah nama "Ini Gambar Perempuan Kentut Busuk" ke, atau "Jerawat di Muka Boifrenku" ke, tak pun bagi je nama "Gambar Bogel Ku". Gerenti menarik walaupun gambar-gambar dalam folder tu hanyalah gambar-gambar permandangan di pantai sahaja. Tapi aku rasa aku letak nama tu sebab aku rasa pada masa dahulu aku ni seorang lelaki yang SKEMA?

*kau dah lari topik ni, cepat buat conclusion post ko sebelum di tampar!
Oke, tak payah nak garang-garang sangat lah dengan aku! Aku nak buatlah ni (b*tch!). Sebagai kesimpulannya, mulai hari ni, blog aku akan bertukar URL dari sakitlahkonie.blogspot.com kepada skema-addcited.blogspot.com ! Itu jer lah kot, bye bye~~!



Ditulis Oleh : Poktekz // 03:14
Kategori:

0 comments:

 
Powered by Blogger.